Apakah bistik ini adalah apa yang mereka mat salleh katakan beefsteak?
Ya, setelah beberapa klik saya dapati tanggapan saya ini benar belaka.
Sebenarnya sudah lama saya diperdengarkan perkataan ini ketika di maktab pabila ingin makan buffet di hotel seumpamanya namun ketika itu saya anggap sebutan ini adalah gurauan semata-mata. Tidak pernah terlintas di hati saya ini bahawa perkara ini sudah begini serius (sebutan tepatnya adalah siriUs,kan kan?)
Perkara ini membuatkan saya teringat kembali dengan sebuah kejadian di maktab, berkenaan kertas esei bahasa Malaysia saya yang masih segar selepas ditanda. Kertas itu dipulangkan kepada saya dengan penuh calit-calit merah yg nampaknya seperti bulatan dan nota-nota yg memberikan penuh semangat di semua permukaan kosong yang tinggal di kertas itu.
Saya bertindak sebagaimana sebarang pelajar bijak seharusnya bertindak, saya telah pergi menemui guru bahasa malaysia saya. Dan perasaan ini sejujurnya dibangkitkan daripada amaran-amaran yang terselit disebalik nota-nota semangat sebentar tadi.
Guru: haaaa Athirah Nor, datang pun awak ni. Bawak kertas tak?
Saya : *baguslah cikgu straight to business* bawak bawak cikgu.
Guru : awak tau tak apa masalah awak?
Saya : Saya masih kurang clear.
Guru : Tgok lah mane cikgu bulat bulat tu!! awak ni memandai je tukar perkataan bahasa inggeris jadi bahasa malaysia. advertisi lah, ape lah awak ni.
Saya : Tapi saya ingat saya perlu meletakkan perkataan bombastik dalam esei saya baru lah ia jadi menarik, kan cikgu?
Guru : Iya lah, tapi tidak la sampai mereka perkataan baru!
Pada ketika ini saya teramat yakin perkataan-perkataan yg saya reka itu telah diluluskan oleh DBP dan kini sedang dipergunakan sepenuhnya di se antero negara dan media-media massa terutamanya.
Namun, saya terdetik, apakah ini bahasa malaysia yg perlu kita banggakan, yang dikatakan lebih baik dalam pembelajaran sains dan matematik berbanding bahasa inggeris? Bahasa
yang banyak mengambil perkataan dari bahasa lain dengan hanya menukarkan tatabahasa dan ejaannya? Oh iya lah. Kita kan Malaysia, 'melting pot' dari pelbagai bangsa dan agama, jadi seharusnya bahasa kita pun perlu begitu lah.
Walaupun begitu, saya mengaku, saya tidaklah hebat mana. Saya bukan seorang entusias bahasa, juga bahasa inggeris walaupun saya banyak mencuba. Tetapi saya tidak boleh menghalang perasaan jengkel ini yang mengunjung tiba setiap kali saya terjumpa perkataan yang berada di bawah deskripsi yang saya ceritakan tadi. *haa tu deskripsi.* Saya merasakan anak muda kini sudah banyak terpengaruh dalam merosakkan bahasa inggeris, termasuk saya sendiri.
Sekiranya ingin bangga dengan bahasa sendiri, saya berpendapat, berbanggalah dengan loghat di negeri-negeri Malaysia ini. Saya merasakan loghat Kelate, Ghanu, Kedah, Perak dan banyak lagi inilah yang perlu di jaga untuk warisan generasi akan datang. Baru lah takkan melayu hilang di dunia! Tak gitu?
No comments:
Post a Comment